Tuesday 11 November 2014

11 Don't ketika mengandung

hai semua

Siang tadi berlaku la proses kemas-kemas majalah lama. Mana yang lama sangat cadang nak la beri pada klinik terdekat. Dalam proses sorting terjumpa majalah Mingguan Wanita.
Artikel bertajuk "Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil" terus membuatkan saya teringat pada semua followers MyLilBorn. Artikel ni rasanya amat membantu pada bakal ibu dan ibu yang sedang hamil.


Saya simpulkan sedikit apa yang tidak bleh dilakukan ketika mengandung demi keselamatan kandungan.

1. Manikur-pedikur: bahan kimia seperti toluene pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang kuku boleh menjejaskan kandungan terutama pada usia kandungan kurang 3 bulan.

2. Perawatan wajah: kulit berminyak ketika hamil mudah diselesaikan perawatan wajah. Tapi bagi ibu hamil kulit menjadi lebih sensitif jadi lakukanlah perawatan wajah yang biasa sahaja.

3. Mewarnakan rambut: setakat ini belum ada informasi yang tepat tentang kesan bahan pewarna rambut pada ibu hamil, jadi seeloknya tidak dilakukan pada trimester pertama atau tangguhkan sahaja sehingga kelahiran.

4. Kasut tumit tinggi: hindari menggunakan kasut tumit tinggi untuk mengelakkan terjatuh.

5. Buah durian: buah durian dapat merangsang kontraksi dan jika dimakan terlalu banyak pada awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran.

6. Ubat nyamuk: bakar, sembur atau sapu, penggunaan tidak digalakkan kerana menangandungi bahan kimia aktif kategori racun amat berbahaya. Untuk hindari nyamuk gunakan kipas angin atau sapu minyak kayu putih di kulit.

7. Derma darah: wanita hamil cenderung mengalami anemia.

8. Gula sintetis: gula sintetis seperti sakarin boleh menembusi plasenta dan memasuki saluran darah janin. Penimbunan gula sintetis berisiko berlaku kanser kandung kernih pada janin.

9. Bawa barang berat: hindari membawa beban melebihi 30 kg.

10. Naik pesawat: dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat semasa trimester ketiga kehamilan.

11. Ubat jerawat: bahan di dalam ubat jerawat mampu menganggu pertumbuhan awal janin, maka ibu hamil dinasihatkan menunda rawatan melibatkan penggunaan ubat jerawat sehingga usia kandungan mencecah 4 bulan. Libih selamat jika wajah dibersihkan secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.


Biasanya kita terlepas pandang dan pandang remeh sahaja perkara di atas. Tapi perkara simple ini la boleh menjejaskan kandungan dan emosi si ibu.

Jadi JOM kita review sekali lagi isi penting

  • Elakkan manikur-pedikur.
  • Lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja jika perlu.
  • Tunda proses mewarnakan rambut
  • Hindari memakai kasut tumit tinggi.
  • Buah durian boleh menyebabkan keguguran.
  • Ubat nyamuk mengandungi racun berbahaya.
  • Tidak disarankan derma darah.
  • Kurangkan penggunaan gula sintetis.
  • Hindari bawa barang melebihi 30 kg.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum menaiki pesawat.
  • Tunda rawatan sehingga kandungan mencapai 4 bulan.

No comments:

Post a Comment